Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Pulau Pinang menahan sebuah bot nelayan Indonesia bersama lima nelayan yang cuba menceroboh perairan negara di Pulau Kendi, George Town pada Isnin.<br /><br />Pengarahnya, Kepten Maritim Abd Razak Mohamed berkata, bot berkenaan ditahan kapal km Sikuati semasa rondaan Op Tanjung pada kedudukan 29 batu nautika barat daya Pulau Kendi sekitar jam 4.10 petang.
